Bekerja sambil belajar is not easy guys ;( . Terutama sekali kepada yang 'antisocial' macam saya . Pengalaman bekerja di sebuah restoran yang hari - hari busy dan ramai pelanggan membuatkan saya belajar untuk berdikari , peramah , talkactive , prihatin dan keluar dari zon 'antisocial' :) . Masa mula - mula masuk kerja dulu , sumpah saya sangat 'patung' yang tak tahu langsung buat kerja . Yelah , sebelum ini mana ada pengalaman bekerja , hm . Setelah beberapa bulan bekerja , saya sudah mahir dalam beberapa pekerjaan .
Oh ya , for your information , saya bersekolah pada waktu pagi dan bekerja pada waktu petang . Pada awalnya , saya rasa give up dan ingin berhenti kerja kerana berasa letih . Tetapi setelah dipujuk oleh boss dan meneruskan pekerjaan , saya berasa seronok dan melupakan segala rasa letih :) .
Kerja ni seronok sebenarnya . Especially kalau kita sudah rapat dengan pekerja dan majikan . Dapat merapatkan silaturrahim katanya . Gitcheww , Hahaha . Pengalaman saya bekerja di sebuah restoran telah mengajar saya tentang etika bekerja , belajar dari kesilapan dan perbaiki diri . Selain itu , saya dapat beranikan diri berhadapan dengan orang ramai . Bukan mudah bagi saya sebagai student untuk bekerja sambil belajar . Tetapi , atas dasar ingin membantu mengurangkan beban ibu dan ayah saya maka saya pun berdikari dan mencari side income :) .
Bagi korang yang masih belajar dan ingin mencari side income , pastikan korang mendapat persetujuan ibu dan bapa korang . Di mana dan apa pekerjaan itu . Haa selepas itu , korang bolehlah bantu parents korang contohnya , korang bagilah sikit duit gaji hasil titik peluh korang kepada parents . Selain itu , korang juga boleh membeli pakaian atau keperluan sekolah sendiri :) . Seterusnya , korang bantulah beli barang dapur sikit seperti beras dan minyak masak . Bagi ibu bapa , mereka pasti berasa bangga mendapat anak yang prihatin dan berdikari macam korang :).
Pengalaman bekerja sambil belajar di usia muda tidak akan dilupakan . Saat suka dan duka bersama , tetap tersemat di dalam mindaku . Cewahh. Hahaha . Macam - macam perangai yang korang akan jumpa di alam pekerjaan . Sahabat kerja lah yang paling seronok . Sometimes diorang ni happy go lucky , kadang diorang ni panas baran / pemarah and sometimes diorang lah yang paling masuk airrr!!! Hahahahaha . Tetapi semua itu lah yang menjadikan kenangan . Harap sahabat kerja tidak melupakan saya ;) .
Setakat itu sahaja 'cerita' saya tentang pengalaman bekerja di usia remaja . Harap sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada anak muda zaman kini . Maafkan saya jikalau ada kekurangan ;( . Maklumlah , saya baru belajar tulis blog . Hehe . Kalau korang ada pengalaman bekerja , share lah sikit bagi memeriahkan lagi blog ini . Hehe . Ok lah , terima kasih kerana membaca blog saya . Jumpa lagi di blog yang lain yaa ! Bye and take care :)